Pertandingan Fotografi 2017

DATELINE: 16th NOVEMBER 2017

TEMA | SAYANGI SHAH ALAM
SHAH ALAM, 29 OGOS: Orang ramai berpeluang merebut wang tunai berjumlah RM10,400 menerusi Pertandingan Fotografi Bertema Sayangi Shah Alam.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Katanya, peserta boleh mengambil foto di tempat menarik sekitar Shah Alam seperti lokasi pelancongan, bangunan, monumen, tasik, taman atau landskap.
“Ia bagi memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyerlahkan bakat di samping menggalakkan masyarakat untuk menghargai serta mencintai bandar raya ini melalui lensa fotografi.
“Diharap orang ramai dapat mengenali Shah Alam dengan lebih dekat yang mempunyai tempat menarik seperti bangunan tersergam indah, landskap menghijau dan penduduk berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni,” katanya dalam kenyataan.
Shahrin berkata, pemenang dinilai melalui beberapa aspek berdasarkan tema, komposisi keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi terbaik.
“Foto diambil hendaklah di dalam kawasan pentadbiran MBSA,” katanya.
Pertandingan bermula pada 16 Ogos lalu dan masih terbuka untuk penyertaan sehingga 16 November 2017.Selain sijil penyertaan, pemenang tempat pertama bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, tempat kedua (RM3,000) dan tempat ketiga (RM1,000).Seramai tujuh pemenang turut diberikan hadiah saguhati berjumlah RM200 masing-masing.
OLEH LIZAWATI MADFA


more info click here

Comments