PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PLUS MUFORS ROAD REELS 2016
DATELINE: 25th NOVEMBER 2016
Sertailah Pertandingan Video Pendek PLUS MUFORS Road Reels dengan menghantarkan video yang memaparkan sikap bertimbang rasa dan berhemah di jalan raya serta bagaimana kita dapat meningkatkan tahap keselamatan bersama, untuk peluang memenangi Volkswagen Beetle atau hadiah wang tunai menarik.
TERMA & SYARAT
1. Am
a. Penyertaan anda dalam PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PLUS MUFORS ROAD REELS ("Pertandingan") akan dianggap sebagai penerimaan dan persetujuan jelas anda terhadap Terma dan Syarat di sini.
b. Pertandingan ini dianjurkan oleh PLUS Malaysia Berhad ("Penganjur Pertandingan").
c. Tempoh Pertandingan bermula dari 7 Oktober 2016 hingga 23 Disember 2016 ("Tempoh Pertandingan"). Pertandingan ini akan dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:
Fasa Tarikh
1 Pembukaan Penyertaan 7 Okt
2 Tarikh Tutup Penyertaan 25 Nov
3 Undian Awam 5 Dis hingga 19 Dis
4 Pengumuman Pemenang 23 Dis 2016
d. Maklumat dan butiran mengenai cara untuk menyertai Pertandingan boleh didapati di www.plusmuforsroadreels.com.my
e. Semua penyertaan yang dihantarkan mestilah selari dengan tema 'Safer Together' serta memaparkan sikap bertimbang rasa dan berhemah di jalan raya dalam cara yang paling kreatif.
f. Hanya peserta yang berusia LAPAN BELAS (18) dan ke atas layak untuk menyertai Pertandingan ini.
g. Anda mungkin diminta, di mana-mana peringkat Pertandingan untuk mengemukakan bukti umur dan/atau Kad Pengenalan (KP) asal anda
h. Anda mestilah warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia untuk menyertai Pertandingan ini.
i. Pertandingan ini tidak dibuka kepada kakitangan tetap dan/atau kontrak Penganjur Pertandingan atau mana-mana subsidiari(-subsidiari), ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa, abang dan kakak) dan wakil Penganjur Pertandingan dan/atau ejen dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa, abang dan kakak), termasuk ejen pengiklanan & promosi Penganjur Pertandingan dan vendor yang terlibat secara langsung dengan Pertandingan.
j. Setiap peserta Pertandingan (“Pertandingan”) dibenarkan untuk mendaftar dan menghantarkan penyertaan sebanyak mungkin sebelum tarikh tutup penyertaan.
k. Penganjur Pertandingan mempunyai kuasa mutlak dan budi bicara untuk menolak Peserta, termasuk melucutkan hak kemenangan yang dimenangi oleh Peserta yang tidak layak. Hadiah(-hadiah) akan diberikan kepada pemenang Pertandingan berikutnya yang layak. Semua pemenang Pertandingan ("Pemenang") mesti mengemukakan nama penuh seperti dalam KP kepada Penganjur Pertandingan, alamat e-mel terkini dan nombor telefon yang sah untuk membolehkan tuntutan hadiah Pertandingan. Semua Pemenang akan dimaklumkan menerusi panggilan telefon atau e-mel.
l. Penganjur Pertandingan berhak pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu untuk menambah, mengeluarkan atau mengubah Terma dan Syarat yang terkandung di sini, secara keseluruhan atau sebahagian mengikut budi bicaranya. Sekiranya berlaku sebarang konflik, Terma dan Syarat yang terkandung di sini akan mengatasi kandungan mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Pertandingan ini.
m. Sebarang perkara yang tidak disebut di bawah Terma dan Syarat yang terkandung di sini akan ditentukan sepenuhnya oleh Penganjur Pertandingan.
n. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan, penggantungan atau pelanjutan Pertandingan, Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur Pertandingan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami, dideritai atau ditanggung oleh Peserta akibat kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan, penggantungan atau pelanjutan Pertandingan.
2. Kriteria & Peraturan Pertandingan
a. Pertandingan ini menggunakan laman mikro ("Laman Mikro") yang dihoskan oleh Penganjur Pertandingan dan akan merangkumi penyertaan peserta dalam bentuk video-video rich media yang memerlukan sambungan kepada Internet untuk paparan. Kriteria untuk Pertandingan ialah seperti berikut:
b. Pertandingan akan dijalankan semasa Tempoh Pertandingan sahaja.
c. Peserta dibenarkan menghantarkan penyertaan sebanyak mungkin sebelum 25 November 2016.
d. Durasi video mestilah tidak melebihi 5 minit.
e.Pemenang akan dipilih berdasarkan undi, kreativiti dan kaitan kandungan dengan tema ‘Safer Together’.
f. 10 video akan disenarai pendek oleh Penganjur Pertandingan daripada sejumlah penyertaan, hanya selepas itu undian awam akan dimulakan.
g. Penyertaan video tidak boleh mengandungi bahan yang memaparkan perlakuan seks secara terang-terangan, lucah, ganas, berdiskriminasi (berdasarkan bangsa, agama, keturunan, ketakupayaan fizikal, orientasi seksual atau umur), menyalahi undang-undang (contohnya pengambilan alkohol di bawah umur, penyalahgunaan bahan, dan lain-lain) menyinggung perasaan, bersifat ancaman, menghina atau berbentuk gangguan.
h. Sebaik sahaja penyertaan dihantar, semua penyertaan menjadi hak milik eksklusif Penganjur Pertandingan, badan induknya, sekutu, dan subsidiari, untuk selama-lamanya.
i. Penganjur Pertandingan mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyalin, sublesen, menyampaikan, mengagihkan, mempersembahkan secara terbuka, menerbitkan, mengeluarkan, atau mempamerkan mana-mana penyertaan, atau mana-mana bahagian daripada penyertaan, dalam mana-mana dan semua media termasuk tetapi tidak terhad kepada semua bentuk Internet, televisyen, dan protokol wayarles.
j. Setiap peserta membenarkan Penaja dan mana-mana entiti gabungan dengan Penaja untuk menggunakan video yang dihantarkan kepada Penaja, untuk selama-lamanya dan berdasarkan kesesuaian, berkaitan dengan kempen MUFORS Road Reels dan mana-mana program Penaja, termasuk sebarang program induknya, sekutu, subsidiari, dan pemegang lesen, dan membuat kerja-kerja terbitan daripada bahan tersebut mengikut budi bicara mutlak Penaja.
3. Kriteria & Peraturan Undian Awam
a. Orang awam dibenarkan untuk mengundi video kegemaran mereka sebaik sahaja 10 video teratas telah disenarai pendek oleh Penganjur Pertandingan. Undian awam bermula dari 5 Disember 2016 hingga 19 Disember 2016. Kiteria untuk mengundi ialah seperti berikut:
b. Anda hanya boleh mengundi video di laman mikro
c. Anda mesti menggunakan FB Connect untuk mengundi bagi membuktikan kesahihan pengguna
d. Anda hanya boleh mengundi sehingga 5 kali bagi setiap penyertaan
4. Pemenang
a. Senarai Pemenang akan diumumkan di laman mikro Penganjur Pertandingan sebaik sahaja Penganjur Pertandingan telah sebulat suara menetapkan keputusan muktamad.
b. Jika Penganjur Pertandingan TIDAK menerima sebarang jawapan daripada Pemenang dalam dua (2) hari bekerja selepas pengumuman pemilihan Pemenang, Pemenang tersebut akan dibatalkan dan hadiah kemenangan akan dilucutkan. Penganjur Pertandingan berhak untuk meneruskan pemilihan semula Pemenang yang layak berikutnya. Penganjur Pertandingan TIDAK bertanggungjawab dalam sebarang cara jika pemberitahuan melalui e-mel tidak diterima oleh Pemenang atau jika pemberitahuan melalui e-mel telah memasuki fail spam.
c. Pemilihan Pemenang dibuat berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur Pertandingan.
d. Keputusan Penganjur Pertandingan adalah muktamad dan TIADA sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk menyangkal keputusan akan dilayan.
source: http://www.plusmuforsroadreels.com.my/?lang=bm
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete